Saturday, November 20, 2010

Air Cond berteknologi inverter....

Pernah dengar kan!!!

Pengeluar aircond berperang iklan mempromosikan aircond inverter masing-masing. Mereka semua mendakwa teknologi inverter ini menjimatkan tenaga elektrik dan lebih efisyen, Benarkah tentang dakwaan mereka ini??

Teknologi Inverter secara teorinya boleh menjimatkan tenaga elektrik dan membuatkan peralatan elektrik berfungsi dengan lebih cekap. Sebagai contoh, mengikut kiraan matematik, penghawa dingin yang menggunakan teknologi inverter ini mampu menjimatkan elektrik sehingga 30% dan lebih cepat menyejukkan udara berbanding penghawa dingin konvesional.

Apakah itu inverter? Jika kita merujuk kamus, inverter bermaksud penyongsang. Walaubagaimanapun, dalam kejurutereaan elektrik kuasa, inverter ditakrifkan sebagai peranti/alat yang mengubah arus terus kepada arus ulang alik berubah frekuensi. Inverter sering digunakan pada peralatan yang mempunyai motor dan pemampat (compressor). Dengan menggunakan teknologi ini, kelajuan motor atau pemampat boleh dikawal mengikut keperluan.

Bagaimana Aircond berteknologi inverter berfungsi???


(1) Penghawa dingin konvensional
· Suhu bilik diset pada 22 darjah Celcius
· Pemampat dihidupkan sehingga mencapai suhu 21 darjah Celcius
· Pemampat dimatikan, suhu bilik naik perlahan2 sehingga 23 darjah Celcius
· Pemampat dihidupkan semula sehingga mencapai suhu 21 darjah Celcius
· Proses ini berterusan sehinggalah penghawa dingin dimatikan


(2) Penghawa dingin berteknologi inverter
· Suhu bilik diset pada 22 darjah Celcius
· Inverter menjalankan pemampat pada kelajuan maksimum
· Apabila suhu bilik mencapai 22.1 darjah Celcius, inverter memperlahankan sedikit kelajuan
pemampat.
. Suhu bilik turun sehingga 21.9 darjah Celcius, inverter menaikkan sedikit kelajuan
pemampat.
. Pemampat akan sentiasa berjalan pada kelajuan berbeza maka tiada operasi on-off.
Rata rata bil elektrik melambung akibat dari operasi on-off ini yang mana starting currentnya yang tinggi.

Kelebihan air cond yang menggunakan teknologi inverter ialah:
. Lebih menjimatkan tenaga elektrik
. Berfungsi dengan lebih senyap
. Beroperasi dengan lebih cekap dan pantas

Walaubagaimanapun, produk berteknologi inverter ini agak mahal termasuk alat gantinya.
Kerosakan elektronik pada produk ini biasanya sukar dikesan oleh juruteknik dan perlu dirujuk kepada syarikat pengeluar. Faktor2 ini perlu diambil kira sebelum membeli produk berteknologi inverter ini.

1 comments:

Anonymous said...

my 1st impression, wow..woman talk and manage blog about air cond...very good...if u're wanna share more about air cond..we can share our knowledge and experience...i'm quite fanatic with air conditioning...faez9393@yahoo.com

Post a Comment