Air Cond Rumah
Tips membeli penghawa dingin rumah :
1) Kira dahulu keluasan ruang (kaki persegi) yang ingin di pasang unit penghawa dingin.
2) Kira bilangan tingkap di ruangan tersebut dan ambil kira juga bilangan orang yang akan memasuki ruang tersebut.
3) Pastikan bahagian tingkap yang menerima pancaran cahaya matahari di lindung dengan tirai terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memasang penghawa dingin.
4) Ruang dapur yang menghasilkan haba yang tinggi adalah tidak sesuai untuk dipasang unit penghawa dingin. Jika mahukan juga perlu memilih unit penghawa dingin yang mempunyai kapasiti yang besar. mungkin lebih dari 2.5 horsepower.
Ok, sekarang dengan data di atas anda boleh pergi ke kedai air cond.
Awas!! Jangan terpengaruh dengan tawaran harga unit penghawa dingin yang murah.
Periksa dahulu kapasiti Btu/hr yang terdapat pada name plate aircond tersebut atau tanye terus tauke kedai tu. Semakin tinggi nilai Btu/hr nya, semakin sejuk aircond tersebut. Ramai di antara kita yang tertipu dengan tawaran harga murah untuk unit yang horsepowernya sama tetapi berlainan harga.
Contoh :
* Aircond (A) ==> Horsepower 1.0, RM600, Btu/hr 7000
* Aircond (B) ==> Horsepower 1.0, RM 900, Btu.hr 9000
Sudah tentu ramai yang memilih Aircond (A) kerana berpendapat horsepowernya sama dan murah. Tetapi sebenarnya, Aircond (B) adalah pilihan yang terbaik. walaupun agak sedikit mahal, tetapi kita akan berpuas hati dengan kapasiti penyejukan. Alah membeli menang memakai...
Subscribe to:
Posts (Atom)