Gas Pendingin

Penghawa dingin tidak dapat menyejukkan ruang tanpa gas bahan pendingin. Gas bahan pendingin adalah bahan utama dalam proses penyejukan. Setiap aplikasi menggunakan gas bahan pendingin yang berbeza.

(1) Gas Pendingin R410a


Gas R410a adalah gas pendingin yang mesra alam yang telah digunakan di dalam sistem penghawa dingin rumah yang terkini. Gas R410a menggantikan peranan gas pendingin R22 yang mana R22 telah dikatakan penyumbang kepada pemanasan global dan kesan rumah hijau. Rata rata semua penghawa dingin jenis inverter menggunakan gas R410a ini. Sistem pemaipan bagi unit penghawa dingin yang menggunakan gas ini juga berbeza dengan unit yang menggunakan gas R22 yang mana pemaipan tiub kumprumnya lebih tebal dan diameter yang lebih kecil. Ini disebabkan sifat gas R410a yang mempunyai tekanan yang tinggi dan aktif.

(2) Gas Pendingin R22

Gas R22, bahan pendingin yang juga digunakan bagi unit penyaman udara konvensional (lama).
Tetapi penggunaanya mula nak diharamkan di malaysia kerana kandungan CFCnya boleh menipiskan lapisan ozon dan menyumbang kepada pemanasan global.

(3) Gas Pendingin R134a


Gas R134a adalah gas pendingin yang mesra alam yang telah digunakan di dalam sistem penghawa dingin kereta. Gas R134a menggantikan peranan gas pendingin R12 yang mana R12 dikatakan penyumbang kepada pemanasan global dan kesan rumah hijau. Hampir kesemua kenderaan keluaran 2006 ke atas menggunakan gas bahan pendingin ini.

(4) Gas Pendingin R12


Gas R12, bahan pendingin yang juga digunakan bagi unit penyaman udara konvensional (lama) bagi kenderaan..
Tetapi penggunaanya mula nak diharamkan di malaysia kerana kandungan CFCnya boleh mencemarkan alam.

Jadi.....

Marilah sama sama kita pilih penyaman udara yang menggunakan gas bahan pendingin yang mesra alam.
Let save our planet.... as our Prime Minister Najib Tun Razak said in this climate change video :