Amaran!! Tekanan gas bahan pendingin boleh menyebabkan kecederaan kepada mata dan kulit anda.
Jika Aircond anda hanya mengeluarkan angin panas sahaja, perkara yang perlu di periksa :
Ilustrasi bagaimana air cond kereta berfungsi
1) Periksa Drive Belt :
Drive belt berfungsi memberi supply/ menggerakanpemampat yang membolehkan pemampat berkerja.
Kalau belt tu dah rosak/putus, maka bagaimana pemampat nak bekerja. Jika belt ni OK, Kita periksa
perkara seterusnya.
2) Periksa Clutch Pemampat :
Untuk memeriksa Clutch Pemampat, Hidupkan Air cond kereta anda. Laraskan kepada tahap yang paling sejuk. Jika clutch ini berpusing maka paras bahan pendingin kereta anda mencukupi. Manakala jika ia tidak berpusing, maka paras bahan pendingin terlalu rendah ( gas kurang ). Tetapi...ini tidak semestinya clutch tidak berpusing menandakan gas kurang, kemungkinan juga fius sudah terbakar ataupun kereta anda mengalami masalah pendawaian. Bagi memastikanya,
Ilustrasi clutch pemampat kereta
3) Periksa kebocoran pada air cond hos:
Kebocoran hos ini perlu dibaiki sebelum mengecas atau mengisi semula gas bahan pendingin. Kebocoran ini mudah dikesan dengan melihat di sekitar "hose copular" kelihatan debu putih dan berminyak.
Ilustrasi hos air cond kereta
4) Kebiasaannya penyebab utama kepada kebocoran adalah masalah O ring. O ring ini terletak di antara 2 hos berlainan yang bersambung. O ring ini mungkin longgar ataupun sudah pecah, O ring adalah komponen yang paling murah untuk ditukar. Jika ianya longgar hanya perlu ketatkan kembali O ring tersebut.
5) Periksa Radiator dan juga Condensor :
Segala kotoran yang terperangkap pada condensor boleh menyebabkan Air cond kereta tidak sejuk. periksa juga sama ada kipasnya berfungsi atau tidak.
Lihat dan periksa juga bahagian2 yang berkaitan dengan aircond yang mungkin gagal berfungsi seperti :
. suis air cond
. Wayar elektrik putus
. Lubang air cond tersumbat
. belting kipas putus dan sebagainya..
Dah ketahui puncanya, bolehla pergi ke workshop dan laporkan kerosakan atau lakukan penyelenggaraan air cond.
Penyelenggaraan aircond mestilah dilakukan oleh orang perseorangan yang berkemahiran dan bertauliah. ini kerana penyelengaraan aircond ada prosedur yang perlu dipatuhi seperti pembebasan gas bahan pendingin tidak boleh dilepaskan ke udara begitu sahaja.