Kitaran Penyejukan

Bagaimana Penyaman Udara Bekerja??

Dibawah adalah gambarajah kitaran asas penyejukan yang menunjukkan bagaimana penyaman udara kita berfungsi.


Kitaran penyejukan ini bukan hanya kitaran penyejukan bagi penghawa dingin sahaja malah ia adalah kitaran asas yang sama bagi peti ais di rumah kita..
Evap   = singkatan bagi evaporator
Comp = singkatan bagi compressor
Cond  = singkatan bagi Condensor
TXV   = singkatan bagi metering divices.
Kitaran penyejukan menunjukkan pergerakkan gas bahan pendingin di dalam sistem penghawa dingin kita. Gas yang digunakan bagi sistem penghawa dingin terbaru ialah R410a yang lebih mesra alam.

Compressor (pemampat) akan memampatkan wap bahan pendingin bersuhu dan bertekanan rendah menjadi wap yang bersuhu dan bertekanan tinggi dan dialirkan ke condensor (pemeluwap) melalui discharge line.

Di condensor (pemeluwap), haba akan disingkirkan dan wap bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan tinggi tadi akan bertukar kepada cecair yang bersuhu dan bertekanan tinggi dan seterusnya dialirkan ke metering device (peranti pemeteran) melalui liquid line.

TXV (Peranti pemeteran) akan mengawal pengaliran cecair bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan tinggi sehingga menukarkannya kepada cecair yang bersuhu dan bertekanan rendah dan dihantar ke evaporator (penyejat) melalui evap line.

Di Evaporator (penyejat) haba di dalam bilik akan diserap sehingga cecair wap bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan rendah berubah bentuk menjadi wap bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan rendah dan masuk ke compressor (pemampat) melalui suction line. Proses ini akan berlanjutan selagi unit penghawa dingin dihidupkan.

Untuk unit penghawa dingin yang terkini dan menjimatkan tenaga, sistemnya mengawal compressor berkerja. sekiranya unit telah mencapai paras suhu seperti yang dikehendaki, maka sistem akan meminimumkan compressor bekerja. Oleh itu kita dinasihatkan untuk melaras suhu nominal antara 20 ~ 24 darjah celcius sahaja dan tips membeli air cond dipatuhi. Ini sekaligus boleh memanjangkan hayat pemampat.